Friday, July 25, 2008

Sandakan Founding Day (21 Jun 1879)

SEJARAH SANDAKAN

Mengikut sejarah, Sandakan ditemui pad 21 Jun 1879 oleh seorang warga British yang bernama William B. Pryer. Sebenarnya, cerita mengnai Sandakan bermula lebih awal dari abad ini. PAda abad ke lapan belas, SAndakan bermula sebagai pengkalan perniagaan Kesultanan Sulu.

Sandakan merupakan sumber penting pengeluaran lilin lebah yang digunakan sebahagian besarnya untuk membuat lilin; rotan dan sarang burung yang dapat di makan yang menjadi makanan kegemaran masyarakat Cina di seluruh Asia.

Kuasa Kesultanan Sulu mula berkurangan semasa pertengahan abad kesembilan belas, dan dengan itu membawa kepada kemunculan lebih banyak pengkalan perniagaan, termasuk
Sandakan.

Pawa awal 1870-an, sekumpulan pengembara dan peniaga berbangsa German dan British telah membuka petempatan baru di Pulau Timbang di Teluk Sandakan sebagai pengkalan aktiviti mereka di Laut Sulu. Salah seorang dari mereka ialah William Clarke Dowie, warga Scotland. Beberapa tahun kemudian, Cowie dan rakan-rakannya meninggalkan petempatan tersebut yang kini dikenali sebagai "Kampung German".

Pada 1881, Kerajaan British telah membenarkan British North Borneo (Chartered) Company untuk memerintah Borneo Utara, sementara Kerajaan British mempunyai hak melantik gabenor dan pegawai-pegawai lain. Pada 1888, negeri berkenaan telah dijadikan negeri naungan British. British North Borneo (Chartered) Company telah memerintah SAbah dari 1888 hingga 1946.

William Pryer telah diberi gelaran Residen Pantai Timur dan menetap di Kampung German bersama-sama dua orang pembantu. Semasa Pryer mengasaskan Kampung German, terdapat tujuh belas buah rumah dan percampuran penduduk yang terdiri daripada nelayan tempatan, orang Arab dan Cina yang berdagang sarang burung yang dapat dimakan dan juga perdagangan mutiara.

Namun pada 15 Jun 1879, Kampung German telah terbakar.. Buli Sim-Sim yang terletak di muara teluk di tanah besar dipilih sebagai tapak untuk memulakan asas pembinaan sebuah pekan baru. Pryer menamakan petempatan baru itu "ELOPURA" atau bandar indah, tetapi ternyata nama Sandakan masih diingati dan tidak lama kemudian Elopura digantikan dengan Sandakan yang asalnya daripada bahasa Sulu yang bermaksud "tempat yang digadai"

Willian Pryer
21 Jun 1879

No comments: